BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 28, 2010

lelaki dan perempuan berbeza ok! ^^

  1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita; 
  2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga; 
  3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus;  
  4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya; 
  5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak; 
  6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan; 
  7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda; 
  8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara  kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama; 
  9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit , surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada.Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm...dan macam-macam lagi. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang  boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit  untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. 

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak 
hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. 
Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, 
suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila 
keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan 
hidupkan enjin, kemudian tunggu  isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si 
isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak 
ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia 
mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana 
kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres. 
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila 
masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu 
persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan 
dieselkan. Kemudia pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat 
pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. 
Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin 
dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama 
seperti perempuan. 
Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada 
lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika 
mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila 
keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, 
kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. 
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling 
membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. 
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan 
seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana 
perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, 
kita berbeza supaya saling sayang menyayangi. 


Saturday, December 25, 2010

sakitnya hati ko penipu! (aku ta penah kena. korg?)



hurm...apa korg rasa bila kene tipoo? sakit aty ta? sakit ta?
alhamdullilah la selama aku masih idop ni blom pnh aku kene main.(main dgn hati..xpnh okes)
kalo korg perasan la kn, ada je org2 disekeliling korg suka auta aka menipu.
hah ta caye??
bukti yg paling best or baik punya adalah di FACEBOOK!
ya...di FACEBOOK ramai je org yang kuat menipu..
dh lama aku dok usha2 FACEBOOK ni..
actually, ramai FACEBOOKERS suka gunakan or pakai pic org lain as pic dorg.
WOW! hebat bukan? 
knp buat mcm tu? muka ta cantik ke? ta ensem ke? sampai guna pic org lain?
aiyaa...
kalo guna pic org lain tp tade niat nk main2 kn org, aku rasa mcm ok lagi..
tp kalo dh salah gunakan utk tujuan yg ta berfaedah, aku rasa baik la korg ta pyh buat mcm tu.
ta baik doe! =) bawak2 la bertobat.
aku tau mesty sakit ati kn ble ditipo idup2. aiyaa..
kalo nk tau dia tu penipu ke ta..korg tnye aku jer..pakar FACEBOOK tauk! (ye2 je kn? hahahaa)
urm...
actually, FACEBOOK ni penuh dgn sinetron or drama..byk sgt.
so hati-hati la =).
nk cari jodoh dlm FACEBOOK boleh..tp make sure dia betul2 ada dan wujud!
jgn sampai menangis dibelakang hari nanti..menyesal ta sudah =)
sekian bebelan ku kali ini.
nnti kita ketemu kembali ya!
chow2!!!